Tuesday, April 24, 2012

Bengkel skor A

Fasilitator dari UITM

Skor A yang dijalankan semasa Karnival 1 Sekolah pada 21 April 2012.
Sambutan hebat dari pelajar SRT.

Thursday, April 21, 2011

MESYUARAT JKA MPV DAERAH KLANG 1/2011

Hari ini akan diadakan satu mesyuarat JKA MPV daerah Klang buat kali pertama bagi tahun 2011. Tuan rumah pada tahun ini ialah SMK Tengku Idris Shah, Kapar, Klang. Sebanyak 10 buah sekolah dijangka akan menghadiri mesyuarat tersebut yang turut disertai oleh Pegawai dari PPD Klang. Butiran mesyuarat adalah seperti berikut:

Tarikh : 21 April 2011
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan, SMK Tengku Idris Shah, Kapar.

Semua sekolah diminta membawa sesalinan keputusan SPM 2010 untuk dibincangkan di mesyuarat tersebut.

Saturday, September 25, 2010

al-Fatihah

Pada 14.09.2010 yang lalu, maka perginya salah seorang sahabat kita, pelajar MPV-PM dari SMK Kampong Jawa meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau yang dimaksudkan ialah Muhammad Irsyad Zamani bin Nor Sad,pelajar Tingkatan 5 Dedikasi, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar waktu maghrib pada hari tersebut setelah bertarung nyawa hampir 2 minggu akibat daripada kemalangan motorsikal. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan mendoakan agar arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.



Tuesday, August 3, 2010

Taklimat Pengenalan MPV - SMKKJ

Pada 13 Januari yang lalu, MPV-Produksi Multimedia SMKKJ telah mengadakan taklimat pengenalan MPV kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4, sebelum sesi pemilihan diadakan. Taklimat ini merupakan acara wajib pada setiap tahun, bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4, sebagai salah satu elektif yang mereka boleh ambil untuk mata pelajaran SPM.







Setelah sesi taklimat, satu sesi ujian kelayakan telah diadakan bagi mengenalpasti sejauh mana kebolehan dan minat pelajar tersebut dalam bidang komputer dan multimedia.





Monday, August 2, 2010

Ujian Prestasi ke 3 - SMKKJ

minggu lepas sudah selesai Ujian Set Berfokus Set ke - 2 bagi pelajar2 SPM (Tingkatan 5). Minggu nie, merupakan Ujian Bulanan ke-3 bagi pelajar2 Tingkatan 1, 2 dan 4. Tidak lama lagi, kena bersedia untuk Peperiksaan Percubaan SPM. Jadi, guru-guru yang berkenaan, sila-sila lah siapkan soalan ye...! :)