Thursday, July 29, 2010

lawatan ke Unisel - SMKKJ

Pada 20 Julai 2010 yang lepas, SMK Kampong Jawa telah melawat Unisel yang terletak di Bestari Jaya, Selangor. Seramai 39 orang murid dan 2 orang guru telah pergi pada lawatan tersebut. Kami melawat Fakulti Teknologi Maklumat dan disambut dengan baik oleh pihak sana. Banyak yang telah kami pelajari sepanjang lawatan tersebut. Antaranya, bengkel Flash, 3D Maya dan video Pro.





Penghasilan key chain


pemenang key chain SRT

Penjagaan Muka Dan Dandanan Rambut



MATA PELAJARAN  VOKASIONAL
(MPV)

PENGENALAN

Mula diperkenalkan pada 23 Jun, 1999. Pada awalnya dikenali sebagai Kemahiran Asas Industri (KAI) kemudiannya ditukar nama kepada Mata Pelajaran Vokasional (MPV).
*  Sekumpulan 22 subjek kemahiran berteraskan teknologi.
* Untuk tingkatan 4 dab 5 di Sek. Men. akademik.
* Ditawarkan secara berperingkat-peringkat mulai 2002.
* Menyediakan kumpulan mahir dan separa mahir dalam bidang teknikal dan vokasional dan era k-ekonomi menjelang 2020.
  

MATLAMAT MPV

*Mendapatkan pekerjaan
* Memulakan perniagaan sendiri
*Meneruskan latihan

PENTAKSIRAN KOMPETENSI

* Fleksible, berpusatkan pelajar
* Mempertingkatkan pembelajaran

PENSIJILAN MODULAR

* Pengiktirafan kepada pelajar yang kompeten dalam sesuatu modul dengan pemberian sijil MPV
Pelaporan yang positif

                                                        ARZEC SALON
SMK (P) RAJA ZARINA

PENGENALAN


SMK (P) Raja Zarina, Pelabuahan Klang
adalah merupakan salah sebuah sekolah
 di Malaysia yang memperkenalkan subjek
 Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut
 atau ringkasnya (PMDR).

 Mula diperkenalkan pada awal
  persekolahan 2007

Dilengkapi dengan peralatan dan
kemudadahan salun rambut dan
 penjagaan muka yang lengkap


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Visi MPV
Melahirkan Pelajar Yang
Berkemahiran Dalam Bidang
PMDR Serta Mewujudkan Peluang
Kerjaya Dan Bakal Usahawan
Masa Depan 


Misi MPV
1. Memberi peluang kepada pelajar mengikuti mata pelajaran vokasional di sekolah harian biasa.
2. Meningkatkan minat pelajar terhadap MPV terutamanya bidang PMDR.
3. Melahirkan murid yang kreatif, berkemahiran serta mengamalkan
     budaya kerja yang baik dan selamat.

OBJEKTIF
Kurikulum Penjagaan Muka dan Dandanan Rambut adalah untuk membolehkan murid:

1. Menyolek muka waktu siang, waktu malam dan untuk majlis tertentu
2. Membuat rawatan asas dan rawatan khas muka
3. Mensyampu,menggaya, menggunting, menkeriting dan mengeset rambut
4. Rawatan khas kulit kepala
5. Mewarna dan meluruskan rambut
6. Mereka cipta fesyen rambut yang kreatif untuk majlis tertentu
7. Memilih, menyediakan dan menggunakan alat dan bahan yang sesuai untuk penjagaan muka dan dandanan rambut
8. Menguruskan kerja dengan baik dan mengamalkan langkah keselamatan dan kebersihan semasa melakukan tugas
9. Membuat pengiraan kos dalam perkhidmatan penjagaan muka dan dandanan rambut
10. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan berkomunikasi dengan berkesan.



Bahan - bahan semburan cat

MPV KERJA PAIP DOMESTIK

Kerja Paip Domestik adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah harian.Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dalam bidang perpaipan.Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pelajaran untuk mempertingkatkan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persedian awal ini adalah bertujuan bagi memenuhi keperluan permintaan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam pelbagai bidang industri yang makin berkembang pesat.

MPV SMK DATO HAMZAH

Landskap dan Nurseri ditubuhkan pada 2002 sebagai perintis kepada matapelajaran MPV di Malaysia.
Mempunyai 2 orang guru yang mengajar tingkatan 4 dan tingkatan 5.

mpvsmkmeru

Sambutan Hari Kemerdekaan 2010

MPV SMKRP

Ditubuhkan pada 2003 dengan pengambilan pertama seramai 25 orang pelajar pada tahun 2004