Showing posts with label Produksi Multimedia. Show all posts
Showing posts with label Produksi Multimedia. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

al-Fatihah

Pada 14.09.2010 yang lalu, maka perginya salah seorang sahabat kita, pelajar MPV-PM dari SMK Kampong Jawa meninggalkan kita buat selama-lamanya. Beliau yang dimaksudkan ialah Muhammad Irsyad Zamani bin Nor Sad,pelajar Tingkatan 5 Dedikasi, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar waktu maghrib pada hari tersebut setelah bertarung nyawa hampir 2 minggu akibat daripada kemalangan motorsikal. Marilah kita sama-sama mengambil iktibar dan mendoakan agar arwah dicucuri rahmat. Al-Fatihah.



Tuesday, August 3, 2010

Taklimat Pengenalan MPV - SMKKJ

Pada 13 Januari yang lalu, MPV-Produksi Multimedia SMKKJ telah mengadakan taklimat pengenalan MPV kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4, sebelum sesi pemilihan diadakan. Taklimat ini merupakan acara wajib pada setiap tahun, bagi memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4, sebagai salah satu elektif yang mereka boleh ambil untuk mata pelajaran SPM.







Setelah sesi taklimat, satu sesi ujian kelayakan telah diadakan bagi mengenalpasti sejauh mana kebolehan dan minat pelajar tersebut dalam bidang komputer dan multimedia.





Monday, August 2, 2010

Ujian Prestasi ke 3 - SMKKJ

minggu lepas sudah selesai Ujian Set Berfokus Set ke - 2 bagi pelajar2 SPM (Tingkatan 5). Minggu nie, merupakan Ujian Bulanan ke-3 bagi pelajar2 Tingkatan 1, 2 dan 4. Tidak lama lagi, kena bersedia untuk Peperiksaan Percubaan SPM. Jadi, guru-guru yang berkenaan, sila-sila lah siapkan soalan ye...! :)

Thursday, July 29, 2010

lawatan ke Unisel - SMKKJ

Pada 20 Julai 2010 yang lepas, SMK Kampong Jawa telah melawat Unisel yang terletak di Bestari Jaya, Selangor. Seramai 39 orang murid dan 2 orang guru telah pergi pada lawatan tersebut. Kami melawat Fakulti Teknologi Maklumat dan disambut dengan baik oleh pihak sana. Banyak yang telah kami pelajari sepanjang lawatan tersebut. Antaranya, bengkel Flash, 3D Maya dan video Pro.