Thursday, July 29, 2010

MPV KERJA PAIP DOMESTIK

Kerja Paip Domestik adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah harian.Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dalam bidang perpaipan.Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pelajaran untuk mempertingkatkan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persedian awal ini adalah bertujuan bagi memenuhi keperluan permintaan tenaga kerja mahir dan separuh mahir dalam pelbagai bidang industri yang makin berkembang pesat.

No comments:

Post a Comment